A
A
A
Muatturun | Peta carian | Masuk |  pengunjung aktifRSS
JKR Johor
Soal Selidik
Apakah maklumat yang anda perlukan di laman web ini?
55% Tender & Sebutharga Terkini
6% Bahan-bahan Rujukan Teknikal
5% Berita & Informasi Terkini
4% Aduan Online
29% Info Kerjaya
BAHAGIAN-BAHAGIAN
INFO UMUM

ADUAN KEROSAKAN JALANRAYA

Anda boleh membuat aduan kerosakan jalanraya melalui empat saluran dibawah :
 
Talian bebas tol :
1-300-88-8557
 
Email :
 
SMS : JKR <aduan anda> dan hantar ke DAPAT / 32728
(Setiap SMS  dicaj RM0.50)
 
Aduan On-Line
AKSES STAF
 
. : SKALA
. : HRMIS
. : Rakan
. : PTK
. : Kursus

. : e-Penyata Gaji

. : e-Bencana Alam

. : Jadual Gaji 2011

 
PROGRAM RUTIN
>> Program Membudayakan  
     Al-Quran
     Setiap Hari Jumaat
     8.00 - 8.30 pagi
>> Kuliah Agama
     Setiap Hari Isnin
     3.00 - 4.00 petang
>> J-Robik
     Rabu Pertama Setiap 
     Bulan
     8.00 - 9.00 pagi
RANGKAIAN JKR
BIL. LAMAN DILAWATI

hit counter javascript

KEMASKINI TERAKHIR
. . : : WEBMASTER
PAUTAN UMUM
WAKTU SOLAT
BACA AKHBAR
BANK ONLINE
DASAR PRIVASI

Dasar Privasi
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

 

Maklumat yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

 

Cookies
Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan Portal ini.

 

Pautan kepada Laman Web yang Lain
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

 

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

DASAR KESELAMATAN

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

 Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PORTAL LAMA

PORTAL JKRBP (LAMA)

Arkib
UTAMA
Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Jurutera Daerah
 
Satu sesi suai kenal di antara Jurutera Daerah yang baru iaitu Encik Hadzeri bin Hashim dan kakitangan gred 17 dan ke atas telah berlangsung pada 8 November 2011 di Dewan Mesyuarat JKR Batu Pahat.  Di dalam majlis tersebut mantan Jurutera Daerah, Tuan Haji Ir. Khalid bin Omar telah memberikan sedikit penerangan mengenai organisasi JKR Batu Pahat.  Kakitangan yang hadir telah diberi peluang untuk memperkenalkan diri masing-masing kepada Encik Hadzeri.  Majlis diakhiri dengan penyerahan nota serah tugas Jurutera Daerah dan jamuan ringan.
 
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-54 PERINGKAT NEGERI JOHOR
 
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 Peringkat Negeri Johor telah berlangsung dengan jayanya pada 10 September 2011 yang mana Daerah Batu Pahat menjadi tuan rumah pada kali ini.  Dengan tema Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera sambutan dimulakan dengan perarakan kontinjen perbarisan dan pelbagai kenderaan termasuk kereta berhias.
 

>> Baca lagi
Kejohanan Boling Puspanita Batu Pahat 2011
Enam pemain terdiri daripada Puan Nurasekin, Puan Sa'yah, Puan Faezah, Puan Noorhasnani, Puan Hjh. Jamiah dan Puan Robiah telah mewakili JKR Batu Pahat ke Kejohanan Boling Puspanita Batu Pahat 2001 yang telah berlangsung pada 16 Jun 2011 di Pacific Bowl, BP Mall.  Bermula jam 10.30 pagi pertandingan telah dimulakan dengan balingan perasmian oleh Pengerusi Puspanita Batu Pahat. Pertandingan dijalankan sebanyak tiga permainan secara berkumpulan dan individu yang mana kesemua pemain diundi untuk membentuk pasukan campuran pelbagai jabatan.  Keputusan pertandingan akan dimuat naik tidak lama lagi.
 
[16/06/2011 12:11 - mnazim]
>> Baca lagi
Selamat Datang Encik Mohamad Khalid bin Ali, Jurutera Awam
Seluruh warga kerja JKR Batu Pahat mengalu-alukan kadatangan Encik Mohamad Khalid bin Ali, Jurutera Awam yang telah melaporkan diri pada 15 Jun 2011.  Beliau yang ditempatkan di Bahagian Jalan kini, telah bertugas di Unit Projek Khas Ibu Pejabat JKR Negeri Johor sebelum ini.  Semoga jentera pentadbiran JKR Batu Pahat akan lebih mantap ke arah memacu pembangunan di daerah ini.
 
Lawatan HELWA Ke Kilang Lilin
HELWA JKR Batu Pahat melaui Kelab Sukan JKR Johor Cawangan Batu Pahat telah mengadakan lawatan sehari ke kilang lilin Lipichem Sdn. Bhd di Bandar Seri Alam, Masai, Johor pada 9 Jun 2011 yang lalu.  Seramai 16 ahli HELWA telah menyertai lawatan ini.
 
AL-FATIHAH...
 
Al-Fatihah :  Allahyarham En. Mohd Said iaitu bapa kepada salah seorang staf JKR, Batu Pahat, Encik Kamarudin bin Mohd Said telah kembali ke rahmatullah pada 30 Mei 2011. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Seluruh warga staf JKR, Batu Pahat mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham.
[31/05/2011 16:34 - student]
Hujan Mengiringi Majlis Perpisahan
Satu majlis, dua lokasi dan tiga pegawai yang diraikan.  Itulah situasi yang dapat digambarkan mengenai majlis perpisahan Puan Sarini binti Abdullah (Jurutera Jalan), Puan Hajjah Faridah binti Ali (Jurutera Awam) dan Encik Abd. Razak bin Mohammad (Juruteknik Pendidikan) yang telah berlangsung pada 27 Mei 2011.
 

>> Baca lagi
Penyerahan Empat Bangunan Sekolah Projek RMK-9
Satu majlis ringkas tetapi penuh makna iaitu majlis penyerahan bangunan sekolah telah berlangsung pada 18 Mei 2011 yang lalu di Dewan Mesyuarat JKR Batu Pahat.  Empat buah sekolah tersebut adalah SK Seri Mendapat, SK Seri Molek, SK Sejagong dan SK Seri Kemajuan yang mana masing-masing  telah diwakili oleh guru besar.  JKR Batu Pahat telah diwakili oleh Puan Nadia binti Mohd Salleh selaku Jurutera Bangunan yang bertanggungjawab terhadap projek ini.
[25/05/2011 09:08 - mnazim]
>> Baca lagi
Lawatan Kerja Timbalan Menteri KKLW ke Tapak Projek Jambatan Kangkar Merlimau
Dato' Haji Hassan bin Malik, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengadakan lawatan kerja ke Tapak Projek Jambatan Menghubungkan Kg. Kangkar Merlimau ke Kg. Pt. Laman semasa dalam rangka lawatan kerja sehari ke Parlimen Pt. Sulong.  Terdahulu beliau telah melawat Tadika Permata Kemas di Pt. Sulong.
[15/05/2011 22:33 - mnazim]
>> Baca lagi
Lawatan Teknikal Ke Kilang Colourland, Ulu Tiram, Johor
Satu sesi lawatan teknikal ke Kilang Colourland yang terletak di Ulu Tiram, Johor telah berlangsung pada 10 Mei 2011 yang lalu.  Seramai 20 pegawai dari Bahagian Bangunan (Projek Bangunan & Pendidikan) telah menyertai lawatan ini yang mana ia dibuat atas jemputan pihak kilang tersebut.  Rombongan diketuai oleh Puan Nor Asilah binti Ahmad selaku Jurutera Bangunan.
 
[16/05/2011 11:48 - mnazim]
Dato' Ir. Hj. Mohd Noor Bin Yaacob - Ketua Pengarah Kerja Raya Yang Baru
Adalah dimaklumkan bahawa Y.Bhg. Dato' Ir. Hj. Mohd Noor Bin Yaacob telah dilantik menjadi Ketua Pengarah Kerja Raya baru bermula pada 1 Mei 2011 ini. Sehubungan itu warga JKR mengucapkan tahniah di atas perlantikan ini serta mendoakan Y.Bhg. Dato' dapat menjalankan tugas dengan baik. Warga JKR juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Judin Bin Abdul Karim di atas jasa dan kepimpinan beliau menerajui jabatan ini selama empat (4) tahun bermula dari 1 Mei 2007 sehingga 1 Mei 2011.

( Sumber : Rakan )
 
Lawatan Teknikal Ke Kilang Cerucuk ICP Berhad di Nilai, Negeri Sembilan
Satu lawatan kerja teknikal telah dilaksanakan pada 5 Mei 2011 yang lalu anjuran Unit Projek Jalan, Bahagian Jalan.  Lawatan ke kilang membuat cerucuk jenis 'spun pile' milik ICP Sdn. Bhd. di Nilai, Negeri Sembilan ini adalah sebahagian daripada kontrak bagi Projek Membina Jejantas di SMK Sri Gading yang mana akan dilaksanakan oleh ASA Constructions Sdn. Bhd.  Seramai 18 kakitangan JKR Batu Pahat dan dua orang wakil kontraktor telah menyertai lawatan ini.
 
Perjumpaan Jurutera Jalan Bersama Pekerja Unit Penyenggaraan Jalan
Satu sesi ramah mesra di antara Jurutera Jalan, Puan Sarini binti Abdullah bersama kakitangan Unit Penyenggaraan Jalan telah berlangsung pada 22 April yang lalu di Stor Peserai. Perjumpaan antara lain membincangkan permasalahan yang dihadapi pekerja-pekerja semasa menjalankan tugas rutin harian di samping menyampaikan amanat-amanat Tuan Jurutera Daerah.
 

>> Baca lagi
Pencalonan Anugerah Kontraktor Terbaik JKR 2011
Kelisa Murni Sdn. Bhd., selaku kontraktor yang bertanggungjawab membina dan menyiapkan bangunan ruang niaga dan pusat hemodialisis Batu Pahat telah tercalon untuk Anugerah Kontraktor Terbaik JKR Tahun 2011 bagi zon pantai barat.  Seramai lima pegawai penilai JKR Malaysia telah membuat penilaian pada 18 April 2011 yang lalu.
 
[19/04/2011 16:00 - mnazim]
>> Baca lagi
Majlis Sambutan Maulidurrasul

Majlis Sambutan Maulidurrasul 1432 Hijrah peringkat JKR Batu Pahat telah berlangsung pada 25 Mac 2011 (Jumaat) di perkarangan pejabat JKR Batu Pahat.  Penceramah undangan dari Jasin, Melaka, Ustaz Sheikh Faizul bin Sheikh Muhammad telah menyampaikan ceramah yang berkisar tentang amalan nabi semasa hayatnya dan sunah-sunah yang wajar diamalkan oleh umatnya.  Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik 'Read more'.

[25/03/2011 16:38 - mnazim]
>> Baca lagi
PENGUMUMAN: Pusat Bertindak Kecemasan Radiologi Kebangsaan Malaysia

Orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati semasa menerima sebarang maklumat yang disebarkan melalui sumber tidak rasmi contohnya sms, email atau media sosial (facebook, twitter) kerana maklumat yang kurang tepat mungkin boleh menyebabkan kekeliruan dan mengakibatkan kebimbangan di kalangan masyarakat.

Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia (Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kudat dan Senai) tidak menunjukkan sebarang peningkatan paras sinaran di mana paras sinaran di Malaysia berada pada paras normal.
(Rekod bacaan Paras Sinaran Radiasi) "Environmental Radiation Monitoring System", di Stesen Senai, Johor (Bacaan dari 1 Januari hingga 16 Mac 2011) adalah < 0.2 uSv/Jam)

Sehubungan dengan itu, orang awam diseru supaya yang mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi iaitu pihak Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra), Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

-  Kadar Dedahan Alam Sekitar di Malaysia pada hari ini: 17 – 3 – 2011
Berdasarkan bacaan dari 6 unit ERMS di Chuping, Ipoh, Kuantan, Kudat, Senai dan Sri Aman adalah 0.03 – 0.17 uSv/jam iaitu di paras normal (latar belakang)

-  Kenyataan Akhbar: Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB)

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Insiden Nuklear Akibat Kejadian Gempa Bumi  dan Tsunami di Jepun
Hujan di Pahang, Johor dan Sabah memungkin banjir di kawasan rendah - BERNAMA
3 Mac 2011
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga hingga esok bagi Rompin di Pahang serta Kota Tinggi dan Mersing di Johor.  Hujan sekejap-sekejap dan kadangkala sederhana pula diramalkan di bahagian Kudat dan Sandakanm di Sabah; Kuantan dan Pekan di Pahang serta Johor Bahru, Kulaijaya, Pontian, Ledang, Segamat, Kluang, Muar dan Batu Pahat di Johor.  Keadaan hujan sekejap-sekejap dan kadangkala lebat serta sederhana ini boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan yang berdekatan dengan tebing sungai, menurut kenyataan jabatan itu di sini hari ini. - BERNAMA
Perasmian Masjid Jamek An-Nur, Sri Dayung, Sri Medan
Pada hari Jumaat, tanggal 4 Mac 2011 bersamaan 29 Rabiul Awal 1432H yang lalu Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor telah menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Jamek An-Nur, di Sri Dayung, Sri Medan, Batu Pahat.  Tuanku juga telah berkenan untuk menamakan masjid tersebut dengan nama Masjid Jamek An-Nur. 
Gambar oleh En. Muhd. Naziman, Penolong Jurutera Senggara
Statistik Aduan Tahun 2010

Statistik aduan yang diterima JKR Batu Pahat bagi tahun 2010 melalui pegawai aduan, Puan Nurasekin binti A. Samad telah dipaparkan secara rasmi untuk tatapan umum.  Semua aduan yang diterima sama ada melalui telefon, e-mel, lisan juga bertulis telah direkod dan dianalisis.  Untuk melihat analisis tersebut sila klik 'Read more' seperti di bawah.


>> Baca lagi
Encik Mamujalean di Unit Rawatan Rapi Hospital Batu Pahat
Seluruh warga kerja JKR Batu Pahat pagi ini (Jumaat 11 Februari) digemparkan dengan berita Encik Mamujalean bin Ismail dimasukkan ke ICU Hospital Batu Pahat awal pagi tadi akibat serangan asma yg kronik.  Beliau dilaporkan ke Unit Kecemasan & Trauma HBP jam 4 pagi tadi kerana serangan asma.  Walau bagaimanapun hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat darah (bleeding) pada saluran ususnya.  Beliau kini ditempatkan sementara di Wad 3 tetapi di bawah pengawasan ICU.  Bersama-samalah kita mendoakan agar beliau cepat sembuh dan kembali pulih seperti sedia kala.  
Terkini : Encik Mamujalean kini disahkan beransur sihat dan telah dibenarkan pulang ke rumah berehat untuk beberapa hari.  Beliau juga telah mengadakan kenduri kesyukuran di Pejabat JKR pada hari Jumaat.

>> Baca lagi